Sunday, November 8, 2009

Idea Datang Waktu Takde Kerja

Kawasan dah bersih.Lalang dan Miss Axenopous dah racun.Ekor kucing dah cabut.Baja Organik dah lengkap tabur.Benih dah semua tanam yang beli 600 batang tu.Tiba-tiba datang idea(duit dah banyak keluar le tu)Macamne nak jimat baja ni?Tinggggggggggggg..tangkap satu idea.Pagi-pagi cari lori pergi belakang kilang Kelapa Sawit.Ah Wa tolong loading 3 bucket effluent waste ke dalam lori ini.Dapat le 3 trips kongsi ngan kebun pisang.Canteeeeek.Hari ni pergi pejabat pertanian sambar satu liter BMO(mcm EM) nak spray n rawat benda ni.Biar percepatkan proses kematian bakteria jahat.Benda ni apply skit je.Kalau nak campur ngn tinja ternakan atau tanah dalam kadar 1:3.Buat Koktail pun bole ni.

Mari Menanam Tebu

Otai Tempatan sedang memberi panduan penanaman tebu.Terima kasih la kerana sudi beri tunjuk ajar.Tebu di kuarantinkan sehingga akar rambu dah keluar.Paling penting tanam musim hujan.Kat sini banyak tul semut.Malathion tolong kami.
Ni yang otai sound ni.Jangan tanam banyak-banyak.Cukup 2 je.Esok nye lebih 100 lubang kena koreksi.Alasan nanti banyak sangat anak.Kan dah lubang dah dibina jarak 1 kaki.Ok pe.Jangan le nak melawan,ikut je.Tak puas hati gak buat eksperimen kat 2/3 lubang.Bandingkan pertumbuhannya.Ok boz.

Bila Nak Kira Lubang Ni

Beli je benih tebu dalam 600 batang,kalau kurang beli lagi.Hampir selesai gak kerja kami.Jimat gak buat parit ni.Touch up sikit-sikit je lalang.

Tanah Yang Tandus Tanpa Cacing



Terpakso la kami beli baja organik RM250 per tan.1 lubang letak 2 kg.Biar rasa.Beso longan nnti tebu den.

Buat Parit Untuk Penanaman Tebu



Dengan skala kecik ini kami rasa cara ini lebih berbaloi.Sambil menyelam minum air siap muntah lagi,minum lagi.Selain dapat buat parit penanaman dapat gak tolak kawasan yang semak dasat menganjur kat paya tu.Tunggul pun dapat korek keluar.Parit urus tadbir air tak perlu buat.Tengok gambar tu siap bersih sempadan lagi.Kalau upah pekerja tak buang akar la tu.Hanya hanyun sabit putus batang anak kayu.Lopeh tu kaki den n kawan-kawan tercucuk.Atoi.

Kerja-kerja membuat parit penanaman sedang dijalankan oleh Ah Wa yang seperti biasa lewat datang.Pukul 9.30.Pergh ekau kona balik lewat ni.Ukuran setiap parit lebih kurang 2' x 4' dalam lebih kurang 1 kaki.Jarak antara baris pula adalah 4 kaki.Comel la tu.Fewittttt.






Lebih kurang 240 lubang dapat hari pertama.Semua sekali kami rasa dapat 600 lubang untuk 0.8 ekar.Hari bekrja sewa binate ni 2 hari setengah.Kopak RM850.Berbaloi ker kalau banding guna traktor geger.Fikir jap erk..hmmm

Pembersihan Anak Pokok Dan Ekor Kucing






Mana-mana anak kayu yang besar-besar dah pun dibersihkan.Ekor kucing pun dah cangkul.Senang sikit, tak semak mata memandang.Lapang otak nak fikir samada nak plough atau buat lubang/parit.


Friday, October 30, 2009

Projek Tebu Kawan Melati Tani


Dah 3 hari projek ini bermula.Pergh nampak je macam senang nak kerjakan.Dugaan betul la.Terima kasih la pada yang datang walau pun hanya habiskan air oren mak aku buat.Pada yang bertungkus lumus.Persatuan up lagi 5%.Eh yang tu aku tak tau.Nanti meeting erk.Hari Isnin ni JCB datang korek lubang.Sesiapa yang ada minyak kat tangki,kalau nak datang jom ramaikan biar towkey JCB tu tak ngular lama sangat.Jangan korang layan rokok surya kat dia dah le.Gerenti lama Ah Wa tu.Jiwa indon dia tu.Pantang ajak gi dangdut(Kat Kluang ada buka lagi ker)